Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hobi jadi sumber pendapatan

10:05am 01/10/2016 Leolerry Lajius 35 views Tawau,Tempatan

TAWAU: Seramai 50 orang peserta telah menyertai Program ‘Do It Yorself’ (DIY) Bean Bag Chair yang menjadikan hobi sebagai salah satu sumber pendapatan anjuran Hup Seng Sdn Bhd di Tawau kelmarin.

Projek komuniti usahasama ini merupakan sub aktiviti bagi projek komuniti di antara syarikat korporat Hap Seng dan DUN N.59 Tg Batu yang diselaraskan dengan program In School Capacity Building di Kampung Tanjong Batu, Tawau sejak Mac tahun ini.

 

Menurut Pengurus Kanan CSR Kumpulan Hap Seng, Amidah Abibin, bengkel jahitan di Kampung Tanjung Batu adalah julung kali diadakan selain memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris melalui Program HOTS Englis Fun Fair Day yang telah dirasmikan oleh Adun Tanjong pada April lepas.

 

Beliau berkata Program ini memberi peluang kepada golongan wanita di Kampung Tanjong Batu megenai salah satu aktiviti/hobi yang dapat dijadikan sumber potensi menjana pendapatan keluarga.

 

“Pihak Hap Seng menaja dari sumber kewangan serta pencetus idea dan melalui tenaga pengajar daripada Bengkel Jahitan Tanjong Batu. Seramai lima orang fasilitator akan mengajar golongan wanita dan peserta yang berminat untuk menjahit Bean Bag Chair ini.”

 

“Hasil jahitan akan dipamerkan di dewan serbaguna komuniti Tanjong Batu yang akan dijadikan sebagai pusat komuniti Bahasa Inggeris. Aktiviti Bahasa Inggeris telah dijalankan oleh mentor yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat Hap Seng untuk membantu memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelbagai lapisan masyarakat khususnya guru-guru, pelajar, ibu bapa dan golongan veteran yang masih berminat untuk belajar Bahasa Inggeris,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa, sebahagian hasil jahitan juga akan dijual dan dipromosikan untuk pasaran sebagai produk hasil kerja tangan kaum wanita di Tanjong Batu.

Sementara itu, Hamisa yang Adun Tanjong Batu, berharap usahasama sebegini dapat memberi satu pendekatan baharu dan memberi cetusan idea kepada kaum wanita untuk menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan kecil-kecilan dari rumah yang dapat menjana sumber pendapatan bagi mereka.

 

Projek Bean Bag Chair, adalah satu program usahasama sumbangan Community Project Syarikat Hap Seng, di Bengkel Wanita Kampung Tanjong Batu Keramat, Tawau./SayangSabah

Serahan....Hamisa menerima ‘Do It Yorself’ (DIY) Bean Bag Chair daripada Amidah.

Serahan….Hamisa menerima ‘Do It Yorself’ (DIY) Bean Bag Chair daripada Amidah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan