Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

HobbyCon 2015 sekali lagi menemui peminat anime di Sabah

Para cosplayer di HobbyCon 2015
Para cosplayer di HobbyCon 2015

KOTA KINABALU: HobbyCon iaitu Konvensyen ” Youth, Hobby and Lifestyle” yang kali ke-9 sekali lagi menemui para peminat anime di Kompleks Sukan Likas, di sini telah berlansung selama dua hari yang bermula hari ini sehingga 13 Disember, tahun ini.

Program yang bertemakan “World Collide” telah mengumpulkan peminat dari seluruh pelusuk negeri ini untuk beramah mesra dan berkongsi idea serta meningkatkan kreativiti di kalangan peminat.

Disamping itu, program ini menjadi platform kepada para belia untuk menunjukkan kemahiran dan kesungguhan mereka dalam pelbagai bidang termasuklah melukis, cosplay dan persembahan seni.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menerapkan semangat sukarelawan dan kebajikan dalam diri setiap belia di negara ini khususnya belia di Sabah.

Diantara aktiviti yang telah dijalankan dalam program tersebut ialah persembahan dari Team Hikaru, pertandingan fotografi, dan persembahan daripada FightSaber Malaysia.

Turut hadir di program tersebut ialah Cosplayer terkenal dari Taiwan, Misa Chiang dan pembuat prop dari Filipina, Lyron Aquino. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan