Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hishammuddin tinjau kebajikan anggota TLDM

Hishammuddin (tengah) ketika menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Akademik kepada salah seorang anak anggota TLDM.

Kota Kinabalu : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein​ meninjau keperluan dan kebajikan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sempena Program Jelajah Perkasa Perwira di Pangkalan TLDM, pagi tadi.

Pada program berkenaan, Hishammuddin turut menyerahkan 15 buah kunci rumah sebagai simbolik bagi 580 unit rumah yang disewa oleh Kementerian Pertahanan untuk kediaman warga TLDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya terutamanya kepada warga KD Selangor dan KD Kelantan.

Hishammuddin ​juga ​menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Akademik kepada 15 anak-anak warga TLDM, selepas merasmikan Petrol Kiosk yang beroperasi sejak 26 Januari lalu dengan kapasiti tangki petrol jenis primax 95 dan dilengkapi kedai mini mesra.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan; Panglima Angkatan Tentera , Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid serta Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman./Penerangan-

Hishammudin (tengah) bersama Abdul Rahman (tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama anggota TLDM yang hadir.

Komen


Berita Berkaitan