Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hishammuddin Syukur Juruterbang Indonesia Selamat

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua,kanan) dan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu (kanan) memberi kata-kata semangat kepada anggota Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia, selepas melawat juruterbang Indonesia yang terhempas ketika sesi latihan, di Hospital Langkawi, hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua,kanan) dan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu (kanan) memberi kata-kata semangat kepada anggota Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia, selepas melawat juruterbang Indonesia yang terhempas ketika sesi latihan, di Hospital Langkawi, hari ini. – Foto BERNAMA

LANGKAWI – Menteri Pertahanan, Datuk Seri HishammuddinHussein melahirkan rasa syukurnya kerana keempat-empat juruterbang aerobatik Jupiter daripada Indonesia yang terbabit dalam insiden pesawat terhempas itu selamat.

Menurutnya, walaupun kumpulan juruterbang aerobatik itu terlibat dalam kemalangan, namun mereka tetap bersemangat tinggi untuk meneruskan persembahan pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa langkawi (LIMA) 2015.

Beliau berkara demikian kepada pemberita sebelum mengiringi rakan sejawatanya dari Indonesia, Ryamizard Ryacudu melawat kesemua mangsa di Hospital Daerah Langkawi di sini.

Kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil dengan hanya mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian badan dan diawasi dengan rapi oleh doktor dan pegawai perubatan hospital daerah itu.

Menurut kakitangan hospital berkenaan, kesemua juruterbang Indonesia itu turut menjalani prosedur imbasan bagi memeriksa sebarang kecederaan dalaman yang dialami mereka.

Sementara itu, semasa melawat Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LIEC) di Kuah, lokasi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN, Hishammuddin berkata beliau berpuas hati dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) keempat-empat juruterbang itu.

Dalam kejadian pukul 2.04 petang itu, dua buah pesawat aerobatik Jupiter milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) itu terhempas selepas dipercayai bergesel di udara ketika melakukan latihan sempena LIMA 2015.

– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan