Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hishammuddin Rakam Takziah Tragedi Pesawat C-130 Indonesia

Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Indonesia susulan lebih 70 orang terkorban dalam nahas udara paling buruk angkatan udara republik itu di Medan.

Hishammuddin dalam laman twitter beliau malam ini menzahirkan ucapan takziah dan dukacita yang mendalam kepada Pak Ryamizard (Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu, TNI (Tentera Nasional Indonesia) dan rakyat Indonesia atas tragedi C130 di Medan.”

“Saya telah berhubung dengan Pak Ryamizard untuk menyampaikan takziah, kami turut berasa sedih bersama seluruh rakyat Indonesia,’ katanya.

Sebuah pesawat Hercules C-130 Angkatan Tentera Udara Indonesia dilaporkan telah merempuh kawasan perumahan awam di Medan, utara Sumatera pada 11.50 pagi ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 73 orang setakat ini.

Stesen televisyen Indonesia melaporkan bahawa pesawat tersebut merempuh kawasan perumahan Royal Gardenia di Medan, menyebabkan banyak rumah musnah. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan