Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hishammuddin puji sumbangan berharga anggota Malbatt

hisham

MARAKAH (Lubnan): Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan penghargaaan di atas keberanian dan pengorbanan anggota Batalion Malaysia (Malbatt) 850-1 dengan berkata mereka sedang menyumbang kepada usaha keamanan di dunia yang semakin dipenuhi rasa benci, keganasan dan tekanan.

Menteri Pertahanan itu berkata, peranan mereka dalam misi pengaman di selatan Lubnan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) mendapat makum balas cemerlang daripada pihak-pihak berkenaan.

Beliau berkata keadilan, kejujuran, disiplin dan profesionalisme dilihat sebagai sumbangan yang memihak kepada pasukan pengaman Malaysia selain kebolehan mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat secara berperikemanusiaan.

“Hanya Tuhan yang mengetahui betapa bangganya saya dengan anda semua,” katanya pada majlis berbuka puasa yang diadakan sempena lawatan beliau ke Kem Marakah yang turut menjadi ibu pejabat Malbatt 850-1, di sini hari ini.

Beliau melahirkan sentimen yang sama dalam sidang akhbar terdahulu bersama media Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke selatan Lubnan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan