Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hindari sentimen perkauman

7:58pm 18/01/2016 Ann Vivien 20 views Isu Semasa,Tempatan
Ghani menyampaikan hadiah kepada Kontinjen Kg. Sinulihan Baru yang muncul pertandingan sepanduk dan kontinjen paling ramai.

Ghani menyampaikan hadiah kepada Kontinjen Kg. Sinulihan Baru yang muncul pertandingan sepanduk dan kontinjen paling ramai.

KENINGAU: Perbuatan mengapi-apikan sentiment perkauman dan agama hendaklah dihindari kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat.

Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, apabila masyarakat berpecah belah tentunya perpaduan rakyat menjadi rapuh dan bilamana keadaan seumpama ini terjadi, maka mudahlah pihak musuh menjajah negara.

Katanya, secara umum, mengikut perspektif Islam, perpaduan terjalin melalui dua ikatan iaitu perpaduan sesama anggota masyarakat dan perpaduan antara kaum Muslimin.

“Ini bermakna perpaduan dapat dilihat daripada dua dimensi, yang pertama, perpaduan luaran yang tergambar sebagai kerukunan muafakat, memperteguh suasana sosio politik negara demi kepentingan bersama” katanya semasa berucap melancarkan sambutan Maulidur Rasul 1437H/2015M peringkat Daerah Kecil Sook di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sook pada Sabtu.

Yang kedua katanya, perpaduan yang jauh lebih asasi iaitu kesatuan dalaman setiap individu yang terzahir daripada persefahaman antara pautan kejiwaan dan kerohanian serta perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama orang Islam semata-mata malah merangkumi yang bukan Islam.Dan sesungguhnya kefahaman terhadap dimensi perpaduan inilah yang membawa kepada wujudnya suasana hidup saling bekerjasama dan bersefahaman dalam masyarakat kita hari ini” jelasnya. – Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan