Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Himpunan Aman Penghormatan Tragedi MH17 Lambang Sokongan Padu Pada Perdana Menteri

himpunan mh17

KUALA LUMPUR– Program Himpunan Aman Penghormatan Tragedi MH17 dan Cinta Negara di Dataran Merdeka malam ini memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha pengurusan mangsa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines.

Kira-kira 300 orang termasuk anggota Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia berkumpul di kawasan itu sejak pukul 9 malam tadi.

Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng, 51, berkata rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama haruslah berdiri teguh dan bersatu memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

“Kami ingin menyampaikan ‘mesej’ kepada Perdana Menteri bahawa kita memberi sokongan penuh atas usaha Perdana Menteri bagi membantu waris krew dan keluarga penumpang MH17 dengan membawa balik jenazah semula ke Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden itu.

Komen


Berita Berkaitan