Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hilang tempat tinggal

9:20am 05/12/2015 Pak Roshan 1 views Global
PENDUDUK membantu bomba memadamkan kebakaran.

PENDUDUK membantu bomba memadamkan kebakaran.

Manila: Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di kawasan setinggan di Manila yang turut menyebabkan ratusan banduan bertempiar menyelamatkan diri dari sebuah penjara berhampiran.

Kira-kira 500 banduan wanita yang digari dipindahkan dari Penjara Bandar Manila ke gereja berhampiran untuk sementara waktu selepas api mula menjilat tembok luar pusat tahanan berkenaan, kata pegawai biro penjara kebangsaan, Superintendan Carolina Borrinaga.

Kejadian itu kebakaran besar kedua di Manila dalam tempoh hanya dua minggu.

“Mujur bomba sempat sampai sebelum penjara terbakar. Memang kita bernasib baik.

“Banduan terbabit dibawa semula ke penjara sebaik api berjaya dikawal,” kata Carolina.

Kebakaran pagi semalam itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 500 rumah setinggan di Quiapo terbakar, mengakibatkan sehingga 5,000 orang hilang tempat tinggal, kata jurucakap bomba kebangsaan, Renato Marcial.

Katanya, ada bomba yang pengsan akibat asap tebal dan kehangatan api, tetapi tiada penduduk cedera.

Penduduk yang berusaha menyelamatkan kediaman mereka turut cuba memadamkan api menggunakan air dalam baldi, manakala ramai yang lain menyelamatkan diri dengan memikul pakaian, televisyen serta perabot yang mampu dibawa.

Beberapa letupan kecil turut berlaku apabila tong gas masak terbakar.

Sementara itu, Marcial berkata, kebakaran mungkin berlaku selepas ramai penduduk menggunakan dapur gas dan menyalakan lampu kerana untuk menyiapkan sambutan Krismas.

Sebelum ini, pada 26 November lalu, kira-kira 800 rumah setinggan di Mandaluyong terbakar menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal. Mereka kini menumpang di taman awam, gimnasium dan sekolah sementara pihak berkuasa berusaha menyediakan kediaman sementara.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan