Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hilang Tangan Digigit Beruang

12:46pm 13/04/2016 Pak Roshan 743 views Global
ORANG ramai di kandang beruang di kuil Wat Srikhirintraram.

ORANG ramai di kandang beruang di kuil Wat Srikhirintraram.

BANGKOK – Gara-gara memberi beruang makan pisang, seorang lelaki kehilangan tangannya akibat digigit dan dicakar haiwan berkenaan yang dipelihara di sebuah kuil di wilayah Phrae kelmarin.

Tangan kanan Prateep Saisakul, 69, cedera parah selepas dia diserang ketika cuba memberi beruang itu makan pisang di kuil Wat Srikhirintraram di daerah Den Chai.

Penjaga beruang berkenaan, Praphan Ngammo berkata, pelawat itu menghulurkan pisang kepada haiwan berkenaan yang dibela di dalam sebuah kandang.

“Bagaimanapun, beruang itu terus mencakar lengan lelaki itu dan menggigit tangannya yang masih memegang pisang.

“Saya dan beberapa pelawat terus menarik lelaki itu dan melihat lengannya hanya tinggal tulang,” katanya.

Prateep segera dikejarkan ke hospital berdekatan, tetapi pegawai kesihatan memberitahu tangan lelaki itu terpaksa dipotong. – Agensi/myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan