Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Hijrah saya ikhlas’- Neelofa

neelofa

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah terbit rasa ragu, tapi inilah yang saya ingin dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung,” kata pengacara dan pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor, 25, mengenai penampilan terbarunya yang kini bertudung.

Pengacara program Nona dan MeleTop yang popular dengan panggilan Lofa itu turut menyifatkan penghijrahannya adalah ikhlas dan tiada paksaan.

“Bukan atas sebab lain atau sebarang perkara yang membuatkan saya membuat keputusan bertudung, sebaliknya memang sudah lama saya fikirkan soal ini. Tiada pihak yang mencadangkan, jauh sekali memaksa kerana penghijrahan ini ikhlas, peribadi, jujur dan rela.

“Tak perlu saya kongsikan situasi atau apa yang membuatkan saya untuk berubah kerana biarlah ia kekal menjadi peribadi saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Lofa berkata, dia bertudung kerana mengikut kata hati selepas lama berdoa untuk mencari jawapan sama ada untuk berubah kepada imej baru ini atau kekal dengan sebelumnya.

Komen


Berita Berkaitan