Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hidup tertimbus tiga hari

tertimbus

BEIJING: Pasukan penyelamat daripada Tentera Pembebasan China semalam menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap tiga hari selepas gempa bumi dengan magnitud 6.5 melanda Ludian.

Yan Li tertimbus sehingga paras leher selepas rumahnya runtuh.

Dia ditemui bersama abangnya Yan Rong yang tidak cedera dan memberinya makan sejak bencana itu berlaku.

Menurut Yan, ketika gempa bumi berlaku Ahad lalu dia membantu kakak iparnya yang hamil menyelamatkan diri namun tidak sempat lari dari rumahnya yang runtuh.

Dia amat beruntung kerana sebenarnya tidak sedarkan diri ketika ditemui dan terus dibawa ke hospital untuk rawatan.

Li adalah mangsa pertama ditemui dalam keadaan selamat selama 72 jam selepas kejadian (tempoh terbaik untuk seseorang bertahan di bawah runtuhan).

Jabatan hal ehwal awam wilayah berkata, jumlah kematian akibat gempa bumi itu – yang paling teruk sejak 14 tahun lalu direkodkan di wilayah itu – dilaporkan seramai 589 orang manakala sembilan masih hilang.

Komen


Berita Berkaitan