Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hidup macam raja di penjara

9:06am 02/08/2016 Pak Roshan 31 views Global
PAVAO hidup mewah dalam penjara di Paraguay.

PAVAO hidup mewah dalam penjara di Paraguay.

Asuncion: Polis Paraguay yang menyerbu bilik kurungan seorang ketua dadah terkejut mendapati dia hidup seperti ‘raja’ dalam penjara berkenaan.

Bilik kurungan tiga bilik itu dilengkapi perpustakaan, tempat bersantai, televisyen besar, dapur, bilik air besar dan meja mesyuarat.

Koleksi buku dan cakera DVD, termasuk satu mengenai raja dadah, Pablos Escobar yang juga pernah hidup mewah dalam penjara, turut ditemui.

Bilik kurungan itu yang dibina khusus untuk ketua dadah warga Brazil, Jrvis Chimenes Pavao, sudah dirobohkan, kata polis.

Polis melancarkan serbuan itu secara mengejut selepas mereka percaya Pavao merancang untuk melarikan diri dengan menggunakan bahan letupan untuk membuat lubang pada tembok penjara.

Pihak berkuasa Paraguay melancarkan siasatan untuk mengesan pihak yang membenarkan bilik kurungan VIP mewah itu dibina untuk membolehkan Pavao hidup mewah.

Lelaki itu kini dipindahkan jauh dari penjara Tacumbu.

Dia dijadualkan menamatkan hukuman penjaranya atas tuduhan penggubahan wang tahun depan sebelum diusir ke Brazil.

Banduan memberitahu pihak berkuasa, unit mewah itu bukan murah. Tahanan yang mahu duduk di situ perlu membayar wang pendahuluan RM20,000 dan sewa seminggu RM1,600. – Agensi/HMetro

BILIK kurungannya dilengkapi televisyen besar. prevnext

BILIK kurungannya dilengkapi televisyen besar. prevnext

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan