Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hidup dalam runtuhan

10:11am 06/05/2016 Pak Roshan 88 views Global
ANGGOTA Palang Merah Kenya mengeluarkan mangsa yang ditemui selepas enam hari.

ANGGOTA Palang Merah Kenya mengeluarkan mangsa yang ditemui selepas enam hari.

Nairobi: Seorang wanita ditemui masih hidup di dalam runtuhan bangunan yang runtuh enam hari lalu di Nairobi.

Wanita itu ditarik keluar beberapa jam selepas dikesan di celah runtuhan dan diberi bekalan oksigen oleh anggota penyelamat sambil mereka berusaha menyelamatkannya.

Pius Masai dari Pusat Operasi Bencana Kebangsaan Kenya berkata, wanita itu dalam keadaan sedar dan mampu bercakap ketika ditemui. Dia juga sempat mengadu mengenai puing yang memenuhi tubuhnya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, wanita itu kini mendapat rawatan di hospital.

Isnin lalu, seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui hidup lebih 80 jam selepas bangunan itu runtuh pada malam Sabtu lalu. Malangnya, mayat ibu kanak-kanak itu ditemui, Rabu lalu.

Pihak berkuasa mengesahkan jumlah kematian setakat ini 33 orang, tetapi sekurang-kurangnya 80 masih dipercayai hilang. Keseluruhannya, 137 orang berjaya diselamatkan.

Dua beradik yang memiliki bangunan itu dibebaskan penyiasat dengan jaminan dalam pada pihak berkuasa mengumpulkan bukti terhadap mereka. Mereka juga dijangka dikenakan tuduhan.

Bangunan yang terletak di kejiranan miskin Huruma mempunyai lebih kurang 150 keluarga yang hidup berhimpit-himpit di dalam satu bilik. Ia dijadualkan untuk dimusnahkan selepas diisytiharkan tidak selamat.

Beberapa bangunan runtuh di Nairobi dan bandar lain di Kenya sejak beberapa tahun lalu selepas ledakan hartanah melihat pembinaan bangunan yang pesat tanpa menghiraukan peraturan keselamatan. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan