Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hidup dalam besen

9:44am 22/07/2016 Pak Roshan 1458 views Global
RAHMA menghabiskan sepanjang masa di dalam besen plastik. - Sani Maikatanga / Barcroft Ima

RAHMA menghabiskan sepanjang masa di dalam besen plastik. – Sani Maikatanga / Barcroft Ima

Abuja: Rahma Haruna seperti gadis remaja lain seusianya dan menyimpan cita-cita memiliki kedainya sendiri satu hari nanti.

Namun Rahma, 19, menghidap penyakit misteri yang menyebabkan dia tidak mempunyai anggota badan selain sentiasa dalam kesakitan menyebabkan dia terpaksa menjalani kehidupan di dalam besen plastik.

Rahma dilahirkan normal, tetapi pembesarannya tiba-tiba terhenti pada usia enam bulan.

Ibunya Fadi berkata: “Segala-galanya bermula ketika dia berusia enam bulan dan mula belajar duduk.

“Pembesarannya terhenti di situ dan dia tidak pernah belajar merangkak. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan