Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hidup Bella lebih indah pulang umrah

BELLA
BELLA

Jakarta: Penampilan berwajah baru Laudya Cynthia Bella ternyata tidak saja menyejukkan mata memandang, malah disambut baik kalangan peminat serta rakan artis.

Sejak pulang dari umrah, penyanyi dan pelakon popular itu bertudung dan berazam kekal dengan fesyen itu.

Ketika ditanya wartawan, Bella berkata, dia mendapat respon positif daripada rakannya, terutama yang terlebih dulu memilih berhijab.

“Saya juga dibanjiri kata-kata semangat, pujian dan hadiah,” katanya.

Antara selebriti yang memberikan hadiah bermakna kepada Bella ialah isteri Irwansyah, Zaskia Sungkar.

Tidak hanya kalangan artis, penampilan baru Bella turut menarik perhatian blogger fesyen terkenal Indonesia, Dian Pelangi yang sebelum ini mengakui tidak mengenali selebriti terbabit.

“Salam kenal daripadaku, semoga senantiasa istiqamah,” katanya.

Antara filem yang pernah dibintangi Bella ialah Berbagi Suami, Di Bawah Lindungan Kaabah, Haji Backpacker dan Assalamualaikum Beijing. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan