Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,778

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hidayat Itu Kerja Allah

9:51pm 15/02/2016 Zakir Sayang Sabah 26 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Saya iktikaf tengah malam di sebuah masjid. Tengah malam 2 pagi ada orang pegang tangan saya menangis. Terkejut teramat saya. Saya terus bangun dan duduk.

Pemuda tadi bawa saya keluar surau. Dia bersama 3 orang rakannya budak motor yang agak degil nak jumpa saya. Saya beberapa kali dakwah mereka beberapa kali di tepi jalan.

Saya penat tapi segar kerana terkejut.Betapa anak muda dahagakan agama…

Mereka menangis minta nasihat. Kata mereka kami kerja jual ganja, kerja lumba motor, kaki jual bohsia, Allah maafkan kami tak? Kata mereka bagaimana kami nak bertaubat. Allah maafkan kami tak.

Tadi kami nampak ustaz nak dakwah kami. Kami lari. Malam ni ingat nak curi barang motor ustaz dan rosakkan sebab sakit hati asyik dakwah kami. Tiba-tiba rasa sebak dan rasa bersalah. Kenapa kami buat macam ni.

Sebab Allah sayang. Allah sayang.Allah sayang. Siapa rasa Allah tengah tengok. Dia Allah yang bawa adik-adik semua. Dia Allah yang bawa adik semua kerana dia sayang. Syukur pada Allah yang buat segalanya.

Adik tahu tak mak ayah adik-adik yang menangis? Inilah hari. Makbul doa mereka. Sepanjang malam kami tak tidur cerita agama. 4.30 pagi baru iktikaf tidur. Solat Subuh dan duduk kuliah Subuh.

Hidayat kerja Allah. Anak muda semua baik-baik. Tugas kita mendoakan mereka. Ya Allah berkatkanlah masa kami supaya kami digunakan untuk anak muda remaja yang baik-baik ni.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan