Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

HFMD, LAGI SEKOLAH, PRASEKOLAH DITUTUP DI SABAH

KOTA KINABALU: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mengambil langkah drastik dengan menutup dua buah sekolah rendah dan lapan prasekolah di Beaufort, Kudat, Kuala Penyu dan Tawau berikutan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) selama 10 hari bermula hari ini.

Dua buah sekolah rendah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lupak, Beaufort dan SK Suangpai, Kudat manakala empat prasekolah di Kuala Penyu membabitkan SK Tenambak, SK Kilugis, SK Menumpang dan SK St. Peter Bundu.

Selain itu, dua buah prasekolah turut ditutup di Beaufort iaitu SK Klias Kecil dan SK Kota Klias serta SK Kalabakan dan SK Jambatan Putih di Tawau.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, penutupan sekolah-sekolah tersebut melibatkan seramai 264 pelajar.

“Kes HFMD di Sabah melibatkan 41 murid lelaki dan 46 murid perempun prasekolah manakala 107 murid lelaki dan 70 murid perempuan di sekolah rendah dan dua pelajar sekolah menengah,” katanya kepada Sabah News today menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Semalam, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina rundi berkata, kes HFMD di negeri ini mencatatkan peningkatan iaitu 2,611 kes setakat Isnin ini.

Katanya, pada masa ini sejumlah 24 taman asuhan kanak-kanak, bilik darjah dan sekolah ditutup berikutan wabak HFMD di Sabah.

Beliau memberitahu, jumlah kes tertinggi yang direkodkan adalah di Ibu negeri dengan 564 kes diikuti Beaufort (393), Penampang (258) dan Sandakan pula 221 kes. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan