Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Heret suami jumpa doktor

SRIVANI terpaksa mengheret suaminya menggunakan tanjakan di hospital. - Agensi
SRIVANI terpaksa mengheret suaminya menggunakan tanjakan di hospital. – Agensi

New Delhi: Seorang wanita dirakam mengheret suaminya yang sakit dan tidak berdaya di sebuah hospital kerana tidak dibenarkan menggunakan tandu atau kerusi roda untuk membawa lelaki itu.

Dalam kejadian di Hospital Kerajaan Guntakal, Anantapur, Andhra Pradesh itu, pesakit berkenaan, Srinivasa Chary dibawa ke hospital kerana menghidap radang perut dan usus atau gastroenteritis.

Bagaimanapun, selepas gagal mendapatkan bantuan, wanita berkenaan, Srivani, terpaksa mengheret suaminya yang tidak boleh berdiri, dari aras bawah ke tingkat satu hospital itu.

Orang ramai di hospital itu hanya memerhatikan perbuatannya.

Rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Sementara itu, jurucakap hospital Mallikarjun Reddy berkata: “Hospital ini ada lima tandu, malangnya saya cuma tahu mengenai kejadian ini selepas ia berlaku.”

NDTV melaporkan, kakitangan hospital itu memberitahu Srivani ada dua kerusi roda dan satu tandu yang boleh digunakannya tetapi dia perlu menunggu. Wanita itu tidak sabar menyebabkan dia mengheret suaminya.

Bagaimanapun, Chary yang biasa mendapatkan rawatan di hospital itu berkata, kejadian berkenaan bukan kali pertama.

Dia pernah tidak diberikan kerusi roda ketika mengunjungi hospital itu sebelum ini. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan