Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hentikan keganasan terhadap petugas kesihatan

7:28am 02/12/2016 Leolerry Lajius 0 views Jenayah
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Tn Hj Amrahi Buang.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Tn Hj Amrahi Buang.

Puchong, Selangor – Memberi maklumbalas terhadap insiden Pegawai Penguatkuasa Farmasi KKM dikurung secara tidak sah sewaktu menjalankan tugas, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Tn Hj Amrahi Buang Berkata beliau memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan keselamatan penjawat awam sewaktu menjalankan tugas rasmi.

Beliau menyeru agar penilaian dan penambahbaikan terhadap prosedur operasi sedia ada bagi menjaga keselamatan pegawai farmasi sewaktu menjalankan tugasan rasmi.

“Perhatian serius perlu diberikan kerana pegawai farmasi tersebut sedang melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat dengan menyiasat premis yang disyaki menyimpan produk-produk terlarang,”katanya.

Bercakap kepada pemberita, beliau menegaskan kekerasan terhadap petugas kesihatan adalah satu isu yang besar dan pelaku kesalahan tersebut perlu didakwa kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, mendatangkan bahaya kepada pegawai dan memilik produk terlarang.

Sebagai sebuah persatuan bagi ahli farmasi, Tn Hj Amrahi berkata “MPS menyeru semua ahli farmasi yang menjalankan tugas berisiko tinggi seperti melakukan serbuan, untuk tidak memandang ringan isu keselamatan diri.

“Mereka perlu bertugas dalam pasukan dan meminta bantuan PDRM untuk bersama-sama sewaktu melakukan serbuan.”

“Apabila ditanya adakah pegawai farmasi tersebut perlu dipertanggungjawabkan kerana menjalankan tugas tanpa bantuan sokongan, Tn Hj Amrahi menyatakan, “Kita tidak patut membuat spekulasi tentang apa yang berlaku dan perlu menunggu pernyataan rasmi dari KKM,”katanya.

Dengan tujuan melindungi pegawai farmasi yang sedang menjalankan tugas, Tn Hj Amrahi merumuskan bahawa KKM tidak patut memberi peluang kepada mereka yang melakukan kekerasan terhadap petugas kesihatan dan perlu merancang cara untuk mengelakkan kejadian seperti ini dari berulang pada masa hadapan./SayangSabah

1480496241_harian-metro-dikurung-tauke-ubat

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan