Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hentikan isu pelantikan KM demi nama baik KDM-Siringan

9:49pm 18/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 110 views Tempatan

Datuk Siringan Gubat

KOTA KINABALU- Timbalan Pengerusi UPKO, Datuk Siringan Gubat menyeru kepada Parti Cinta Sabah (PCS) agar berhenti dari memalukan kaum Kadazandusun dan Murut (KDM) dengan menaikkan isu pelantikan Ketua Menteri (KM) di negeri ini.

“Kita semua tahu bilangan majoriti pemimpin PCS semuanya KDM yang pasti akan bertanding dalam kawasan populasi KDM yang ramai.

“Walaupun parti tersebut menang dua atau tiga kerusi dalam pilihan raya akan datang, namun mereka tidak akan menjadi Ketua Menteri Sabah,”ujar beliau.

Menurut beliau, sesebuah parti perlu memenangi bilangan kerusi yang terbanyak dahulu sebelum bercakap tentang siapa yang harus dilantik menjadi ketua menteri.

“Masyarakat tahu bahawa hanya parti politik yang memenangi kerusi majoriti mempunyai kelebihan untuk mencalonkan wakil parti mereka sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Ini menunjukkan PCS lebih berminat kepada jawatan ketua menteri berbanding rakyat,” kata Siringan.

Sementara itu, Siringan yang merupakan ADUN Panginatan sudah menjangkakan keputusan Datuk Wilfred Bumburing untuk menjadi Presiden parti pembangkang iaitu Parti Cinta Sabah (PCS) yang kini mengalami krisis dalam kepimpinan parti itu.

“Ia sesuatu yang sudah kita jangkakan. Ia kerana PCS tidak mempunyai pemimpin berkaliber untuk memimpin parti tersebut lalu meminta bantuan dari Datuk
Wilfred Bumburing, yang mengaku beliau salah seorang ahli dalam parti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan respon kepada satu kenyataan surat khabar mengenai isu tersebut.

Bumburing merupakan ADUN Tamparuli
dilaporkan pada rabu lalu dimana ia menyatakan bahawa beliau akan berjumpa dengan para pemimpin PCS sebelum membuat keputusan untuk memimpin parti tersebut.

Presiden Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dilaporkan bahawa beliau mengaku dirinya salah seorang ahli PCS, diberi mandat oleh pemimpin tertinggi parti untuk memimpin parti tersebut sempena mesyuarat majlis tertinggi parti tersebut yang akan berlansung pada ahad lalu.

Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Presiden PCS, Dr Nicholas James Guntobo dan keputusan untuk menjadikan Bumburing sebagai pemimpin didedahkan dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Besar Parti PCS, Mozes Iking

Terdahulu Bumburing, yang sebelum ini merupakan mantan Timbalan Presiden UPKO, memenangi kerusi di kawasan Tamparuli melalui parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa Pilihan Raya Umum 2013.- SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan