Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

HENTIKAN EKSPORT BALAK, TANGANI KEPUPUSAN HIDUPAN LIAR

 

Shafie dan Teresa dalam perbincangan semasa kunjungan hormat Menteri Industri Utama itu ke pejabat Ketua Menteri di PPNS, di sini hari ini. Gambar SNT/Ehsan JKM

KOTA KINABALU: Menghentikan pengeksportan kayu balak adalah cara terbaik bagi menangani kepupusan hidupan liar dalam negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, disebabkan keadaan hidupan liar Sabah semakin membimbangkan, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan drastik dan mencari alternatif lain.

“Antara langkah yang terbaik dalam memastikan hidupan liar dan spesies terancam ini pupus adalah dengan menceburi industri hiliran.

“Ini kerana, hutan yang menjadi tempat pembalakan ini adalah rumah bagi hidupan liar dan haiwan terancam serta tempat mereka mendapatkan makanan.

“Walaupun kenyataannya, jika kita mengurangkan aktiviti pembalakan, secara tidak langsung akan mengurangkan pendapatan negara,” katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita ketika kunjungan hormat Menteri Industri Utama Teresa Kok ke atas beliau di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) hari ini.

Namun, jelasnya, kurangnya pendapatan negeri melalui aktiviti pembalakan tidak perlu dirisaukan asalkan hidupan liar dan spesies terancam berkenaan dipelihara dan tidak mati begitu sahaja mahupun dibunuh.

Jelasnya, apa yang penting adalah mencari alternatif lain agar kerajaan negeri mempunyai cara terbaik untuk mendapatkan pendapatan melalui sumber asli lain.

“Dan itu sebabnya, salah satu langkah yang ingin kita lakukan adalah memfokuskan aktiviti hiliran di Sabah.

“Dengan membangunkan industri hiliran ini, ia mampu memberi keyakinan kepada masyarakat antarabangsa dalam usaha kita menangani masalah banyak hidupan liar yang tidak terjaga sehingga ada yang mati.

“Kerajaan negeri amat serius dalam usaha memastikan kejadian ini tidak akan berulang walaupun kita tahu ianya tidak mudah tapi beberapa langkah kerajaan negeri ambil ke arah mengatasi masalah ini dengan mengharamkan kayu kayan ke luar negara,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan