Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Henti ujian perawan

ujian perawan

Jakarta: Indonesia akan menghapuskan ujian keperawanan di sebuah kolej untuk bakal kakitangan awam berikutan kritikan berkait dengan amalan sama dalam pasukan polis.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Tjahjo Kumolo berkata, beliau berusaha untuk memastikan ujian keperawanan yang dilakukan sebagai memenuhi syarat untuk memasuki Institut Pentadbiran Awam, sebuah kolej bagi bakal pekerja awam dan pentadbir wilayah dihentikan.

“Pelbagai punca boleh menyebabkan seorang wanita hilang dara. Ini termasuk jatuh. Ujian keperawanan tidak relevan. Malang bagi seorang wanita jika permohonan mereka untuk menjadi kakitangan kerajaan ditolak semata-mata dia tidak dara lagi walaupun dia layak,” kata Tjahjo.

Kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch dalam laporannya bulan lalu berkata, pasukan polis Indonesia mensyaratkan pemohon dalam kalangan wanita menjalani ujian itu walaupun berikrar untuk menghentikan amalan berkenaan beberapa tahun lalu.

Kumpulan yang berpejabat di New York itu menyifatkan ujian berkenaan sebagai amalan menindas dan memalukan wanita.

Polis Indonesia bagaimanapun menafikan mereka melakukan ujian itu, sebaliknya berkata, pemeriksaan yang dijalankan hanya sebahagian daripada ujian kesihatan bagi mengesan penyakit seperti barah servik. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan