Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Henti kemoterapi kahwinkan ibu

10:17am 03/03/2016 Pak Roshan 1512 views Global
FENG (kanan) yang tidak dapat menahan air mata bersama suami barunya.

FENG (kanan) yang tidak dapat menahan air mata bersama suami barunya.

Shandong (China): Kisah seorang lelaki berusia 21 tahun yang enggan meneruskan rawatan kemoterapi sebaliknya berkeras membantu ibunya mencari kebahagiaan baru-baru ini menarik simpati seluruh rakyat di China.

Wang Peihong disahkan menghidap leukemia limfoblastik akut pada Julai 2014 dan semua wang simpanan keluarganya dihabiskan untuk rawatannya dengan 14 pusingan kemoterapi mencecah sehingga 400,000 yuan (RM255,000).

Bapa Wang meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada 2011 dan sejak itu, ibunya Feng Tiancai, menjadi penyara utama keluarga dengan menanam sayur di kebunnya, lapor People’s Daily.

Selepas Wang jatuh sakit, Feng menerima bantuan saudaranya, Wang Zhaotai yang turut membantu menjaga ibu Feng berusia 80 tahun.

Pada 7 Februari lalu, Wang tiba-tiba demam dan menyangka tidak hidup lagi, menyebabkan dia menganggap sebenarnya tidak berbaloi meneruskan rawatan.

“Jika berhenti kemoterapi, saya berharap dapat melakukan sesuatu untuk ibu. Saya tidak boleh meninggalkannya, sehingga belum dapat memastikan dia menemui kebahagiaannya,” katanya.

Wang memutuskan menamatkan rawatannya dan mengahwinkan ibunya dengan ‘Pak Cik Wang.’

Dia melancarkan kempen melalui WeChat untuk mengumpul wang dan status itu dikongsi pelbagai pengguna Internet, dengan ramai menyatakan kesediaan membantunya.

Perkahwinan Feng diadakan Jumaat lalu di sebuah kampung di luar Shouguang, wilayah Shandong, dan dihadiri beberapa ahli keluarga, rakan serta penyumbang dana.

Gambar Feng memakai gaun pengantin yang menjadi viral menyentuh hati ribuan pengguna Internet yang rata-rata mengucapkan tahniah.\

Bagaimanapun, Sina News melaporkan, Feng menghubungi wartawan dua hari selepas majlis itu untuk memaklumkan anaknya meninggalkan rumah dengan hanya meninggalkan surat yang meminta supaya tidak mencarinya kerana ingin ‘berehat.’

“Ketika melihat ibu memakai gaun kahwin, saya rasa beban dihati sudah tiada. Ibu, kamu benar-benar pengantin yang cantik. Selama 21 tahun ini, saya tidak melakukan apa-apa untukmu, tetapi kini berjaya mencari lelaki yang baik supaya ibu dapat hidup gembira,” kata surat itu. – Agensi/HMetro

WANG (kiri) memeluk bapa tiri dan ibunya.

WANG (kiri) memeluk bapa tiri dan ibunya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan