Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,815

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hemodialisis ganggu emosi, fokus belajar

2:04pm 01/08/2016 Leolerry Lajius 19 views Tempatan
Rosmina salah seorang penghidap penyakit buah pinggang menerima rawatan Hemodialisasis di Hospotal Likas.-Gambar  Oleh Penerangan

Rosmina salah seorang penghidap penyakit buah pinggang menerima rawatan Hemodialisasis di Hospotal Likas.-Gambar Oleh Penerangan

KOTA KINABALU : Pepatah Melayu ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,’ di kala semua pelajar mengusung beg ke sekolah menimba ilmu, Rosmina Jolhin, 15, pesakit buah pinggang yang terpaksa berulang alik ke Hospital Likas tiga kali seminggu bagi menjalani rawatan hemodialisis.

“Saya selalu pening kepala, mual, kejang kaki dan letih akibat rawatan ini. Saya tidak dapat fokus kepada pelajaran sejak menghidap penyakit ini dua tahun lalu.

“Saya pelajar Tingkatan Tiga di SMK Pulau Gaya dan selalu ketinggalan pelajaran kerana setiap minggu perlu ke hospital,” luah Rosmina.

Kakaknya, Rosaidah berasal dari Semporna menjelaskan penyakit yang dihidap adiknya itu kini di peringkat akhir (ESRF) di mana fungsi buah pinggangnya jatuh di bawah paras tertentu atau berhenti berfungsi sepenuhnya.

Rosmina adalah salah seorang penerima kerusi roda sumbangan Yayasan Nur Juhar (YNJ) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Nur Jauhar Bersama Unit Hemodialisis Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Likas, pada Ahad.

Toh Puan (tiga dari kiri) menyampaikan kerusi roda kepada Rosmia (dua dari kanan) sambil dibantu Al Hambra (dua dari kiri).-Gambar Oleh Penerangan

Toh Puan (tiga dari kiri) menyampaikan kerusi roda kepada Rosmia (dua dari kanan) sambil dibantu Al Hambra (dua dari kiri).-Gambar Oleh Penerangan

Hadir menyampaikan kerusi roda berkenaan ialah Penasihat YNJ yang juga isteri Tuan Yang Terutam Yang di-Pertua Negeri Sbaah, Toh Puan Datuk Seri Panglima Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M Jasni, pada Ahad dan Pengerusi YNJ, Al Hambra Tun Juhar.

Sementara itu, seorang lagi pesakit yang ditemui media, Jamrin Turumut, 31 berasal dari Ranau menyatakan syukur  dan berterima kasih kepada yayasan itu yang sudi meraihkan dirinya serta rakan-rakannya.
“Sekurang-kurangnya melalui majlis ini, kami rasa dihargai walaupun kami sakit dan dapat berjumpa dengan isteri Tuan Yang Terutama Sabah. Terima kasih banyak,” ujarnya.
Mengiringi Toh Puan Norlidah, Pengarah Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Tan Bee Hwai semasa sesi lawatan tersebut./PENERANGAN
KENANGAN.....Tan (dua dari kiri) bersama kakitangan dan rombongan tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan bersama Toh Puan Norlidah (tengah). -Gambar Oleh Peneranga

KENANGAN…..Tan (dua dari kiri) bersama kakitangan dan rombongan tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan bersama Toh Puan Norlidah (tengah). -Gambar Oleh Peneranga

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan