Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Helikopter terbang rendah, langgar bumbung sekolah sebelum terhempas’

2:51pm 04/10/2016 Pak Roshan 460 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
SEBUAH Helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung hari ini.

SEBUAH Helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung hari ini.

TAWAU: Bunyi helikopter terbang rendah disusuli dentuman mengejutkan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, di sini, menyebabkan mereka menjerit ketakutan sebelum menyedari pesawat itu terhempas di kawasan sekolah.

Dalam kejadian jam 9.05 pagi itu, semua pelajar yang berada dalam kelas masing-masing panik hingga ada yang dilaporkan menyorok di bawah meja.

Seorang kakitangan sekolah yang enggan dikenali berkata, dua dentuman kedengaran dalam tempoh singkat iaitu helikopter melanggar bumbung sekolah, disusuli terhempas di dewan terbuka menyebabkan struktur bumbung sekolah rosak teruk.

“Sejurus terhempas, serpihan dipercayai daripada struktur bumbung yang pecah berterbangan sehingga masuk ke bilik darjah menyebabkan lima pelajar cedera ringan,” katanya kepada BH di lokasi kejadian, sebentar tadi.

Difahamkan, ramai pelajar trauma dengan kejadian itu hingga ada yang menangis dan terpaksa ditenangkan oleh rakan dan guru.

Polis sudah menutup kawasan sekolah itu dan pelajar diarah pulang atas faktor keselamatan, manakala siasatan lanjut berhubung punca kejadian dibuat oleh pihak berkuasa serta agensi berkaitan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan