Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Helikopter tentera Kemboja terhempas; lima terbunuh

helikopterkemboja

PHNOM PENH: Lima askar Kemboja maut dan seorang cedera parah apabila sebuah helikopter terhempas ketika latihan ketenteraan berdekatan bandaraya ini hari ini.

“Kami sedang menyiasat punca kejadian. Lima yang terbunuh dan seorang cedera parah itu adalah pelatih tentera,” kata Menteri Pertahahan, Tea Banh.

Satu pasukan menyelamat dan pegawai polis sudah tiba di tempat kejadian. Helikopter itu adalah salah satu daripada 12 helikopter Kemboja yang dibeli dari China tahun lalu bagi menambahbaik keupayaan tentera.

Pada 2008, ketua polis Kemboja, Hok Lundy dan timbalan komander tentera serta dua juruterbang terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas dalam cuaca buruk. – AFP

Komen


Berita Berkaitan