Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Helikopter Tentera Indonesia Terhempas, 13 Terkorban

11:14am 21/03/2016 Pak Roshan 15 views Mutakhir,Nasional

heli

JAKARTA – Sebuah helikopter milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) yang membawa 13 anggota tentera terhempas dipercayai akibat disambar petir di Poso, Sulawesi Tengah lewat petang Ahad.

Kesemua 13 anggota termasuk pilot disahkan terkorban.

Menurut siaran televisyen tempatan, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan ketika pesawat berkenaan sedang melakukan operasi khas.

Jurucakap Bahagian Penerangan Tentera, Made Sutia dipetik sebagai berkata, pesawat malang itu dilaporkan berlepas dari Desa Watutau, Daerah Lore Piore di Poso pada pukul 5.20 petang.

Katanya, ketika kejadian cuaca dilaporkan buruk dan setelah kira-kira 30 minit di angkasa, pesawat malang itu dikatakan disambar petir sebelum terhempas di kawasan perkebunan di Kasiguncu, Poso Pesisir Selatan, Poso.

Kesemua mangsa ditemui mati dalam helikopter jenis 412 EP yang terbakar itu.

Mayat-mayat dibawa ke hospital di Palu. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan