Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,672

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Helikopter Russia ditembak jatuh

8:56am 02/08/2016 Pak Roshan 15 views Global
DUA lelaki memeriksa rangka helikopter Russia yang ditembak jatuh di Idlib, wilayah utara Syria, semalam. - Reuters

DUA lelaki memeriksa rangka helikopter Russia yang ditembak jatuh di Idlib, wilayah utara Syria, semalam. – Reuters

Damsyik: Sebuah helikopter pengangkut Russia ditembak jatuh di Syria semalam, menyebabkan lima orang di dalamnya terbunuh.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Moscow, Kementerian Pertahanan Russia berkata, helikopter Mi-8 itu terhempas di wilayah Idlib ketika dalam penerbangan pulang ke pangkalan tentera udara di Syria selepas menghantar bantuan kemanusiaan di bandar Aleppo.

Helikopter itu membawa tiga kakitangan dan dua pegawai pangkalan udara Hemeimeem.

Ia kematian terbesar menimpa tentera Russia dalam satu kejadian sejak Moscow mula melancarkan serangan udara di Syria bagi membantu Presiden Syria, Bashar al-Assad dalam memerangi kumpulan penentang September lalu.

Setakat malam tadi, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

Bagaimanapun, sebahagian wilayah Idlib dikuasai kumpulan al-Qaeda cawangan Syria yang dikenali sebagai Barisan al-Nusra dan beberapa kumpulan penentang lain.

Kumpulan itu mengumumkan minggu lalu, ia menukar nama dan menamatkan hubungan dengan al-Qaeda.

Julai lalu, dua tentera Russia terbunuh di wilayah Homs apabila helikpoter Mi-25 mereka ditembak jatuh, dipercayai oleh kumpulan Daish.

Pada April, sebuah helikopter bersenjata Mi-28N terhempas dalam satu kemalangan di Homs, menyebabkan dua anggotanya terbunuh. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan