Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Helikopter Nuri masih boleh digunakan

6:51pm 05/10/2016 Pak Roshan 445 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum (kiri) melihat keadaan helikopter Nuri milik TUDM yang melakukan pendaratan cemas di SMK Balung Tawau semalam.Lapan pelajar sekolah dan seorang pekerja pembersihan cedera dalam insiden tersebut.
- Foto BERNAMA

TIMBALAN Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum (kiri) melihat keadaan helikopter Nuri milik TUDM yang melakukan pendaratan cemas di SMK Balung Tawau semalam.Lapan pelajar sekolah dan seorang pekerja pembersihan cedera dalam insiden tersebut.
- Foto BERNAMA

TAWAU: Kementerian Pertahanan menegaskan helikopter Sikorsky S-61A-4 atau Nuri tiada masalah untuk terus digunakan sebagai pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana berkeadaan baik dan diselenggara dengan teliti.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, berkata semua pihak tidak harus membuat kesimpulan Nuri tidak selamat digunakan atau ‘jangka hayat telah berakhir’ susulan nahas terbaru membabitkan pesawat jenis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, banyak faktor perlu diambil kira yang menyebabkan helikopter terbabit mendarat cemas di dewan terbuka SMK Balung, sama ada berkaitan aspek teknikal atau kesilapan manusia.

“Nuri lain tiada masalah, berkeadaan baik dan diselenggara mengikut jadual oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Nahas kali ini kita belum tahu apa puncanya, sama ada masalah teknikal atau faktor manusia dan kena siasat dulu.

“Kita ada membeli helikopter baharu EC275 yang dalam keadaan baik tetapi tak boleh digunakan sebab ada kemalangan di Norway dan hanya boleh digunakan selepas siasatan berhubung kemalangan di negara itu selesai.

“Semuanya bergantung kepada keadaan teknikal. EC275 yang baharu tak boleh terbang walaupun dalam keadaan selamat,” katanya kepada media selepas meninjau lokasi nahas helikopter dan mendapatkan maklumat berhubung perkembangan terbaru siasatan insiden terbabit di SMK Balung, di sini, petang ini.

Mohd Johari berkata, semua badan serta komponen helikopter akan diangkat dalam tempoh dua hari manakala laporan penuh siasatan nahas itu dijangka disiapkan dalam sebulan hingga dua bulan lagi.

Beliau berkata, kementerian akan menanggung kos kerosakan SMK Balung dan berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah terbabit tidak terjejas. – BH Online

nuri

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan