Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Helikopter Hilang Di Sarawak: Satu Mayat Wanita Ditemui

1:31pm 06/05/2016 Pak Roshan 3414 views Mutakhir,Nasional
KUCHING 06 MAY 2016. Anggota Bomba dan Penyelamat menemui mangsa pertama tidak jauh dr lokasi serpihan helikopter jenis Eurocopter AS350 Ecuril yang ditemui di hulu Sungai Batang Lupar 15 km dari jeti Sebuyau, kira-kira jam 9.50 pagi tadi. NSTP/IHSAN BOMBA

KUCHING 06 MAY 2016. Anggota Bomba dan Penyelamat menemui mangsa pertama tidak jauh dr lokasi serpihan helikopter jenis Eurocopter AS350 Ecuril yang ditemui di hulu Sungai Batang Lupar 15 km dari jeti Sebuyau, kira-kira jam 9.50 pagi tadi. NSTP/IHSAN BOMBA

KUCHING – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui satu mayat wanita yang tersangkut di tebing hulu Sungai Batang Lumpur, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Susulan itu, operasi pencarian mangsa helikopter terhempas kini diperluaskan dalam radius 4 kilometer daripada lokasi penemuan mayat pertama itu.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan beberapa serpihan bangkai helikopter hilang di Sarawak telah dijumpai Batang Sadong, Simunjan bersebelahan Sungai Batang Lupar.

Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat.

sarawak-crash-wreckage-data

Helikopter malang itu membawa enam orang termasuk juruterbang.

Mereka adalah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar merangkap Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun serta juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.Helikopter

 Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah

Ketika kejadian, helikopter dari Betong ke Kuching itu djadualkan mendarat di tarmac Hornbill Skyways, Kuching namun dilaporakan hilang dari radar kira-kira jam 5 petang berhampiran kawasan Sebuyau.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menggesa rakyat negeri itu berdoakan keselamatan kesemua mangsa yang berada dalam helikopter berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan