Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Helikopter bawa rombongan kenamaan terputus hubungan

11:45pm 05/05/2016 Pak Roshan 896 views Mutakhir,Nasional

helikopter

KUCHING: Sebuah helikopter membawa rombongan kenamaan dilaporkan terputus hubungan sejak empat jam lalu ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Helikopter berkenaan yang dipercayai turut membawa pegawai kanan sebuah kementerian, sepatutnya di mendarat di Hangar Hornbill Skyways, di sini pada jam 5 petang tadi.

Difahamkan, juruterbang memaklumkan menara kawalan lokasi mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan.

Usaha sedang digerakkan bagi mengesan pesawat berkenaan.

Sementara itu, TV3 melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman, ketika dihubungi, mengesahkan sudah menerima laporan berkenaan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan