Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Helah si pengemis

SEDUTAN video menunjukkan ada sesuatu yang bergerak di dalam baju pengemis itu. Gambar kanan, pengemis itu dilihat mengeluarkan tangannya untuk membetulkan ikatan di lengan bajunya.
SEDUTAN video menunjukkan ada sesuatu yang bergerak di dalam baju pengemis itu. Gambar kanan, pengemis itu dilihat mengeluarkan tangannya untuk membetulkan ikatan di lengan bajunya.

Beijing: Seorang pengemis di bandar ini sanggup berlakon kudung kedua-dua belah tangannya semata-mata untuk meraih simpati orang ramai.

Helah pengemis itu terbongkar selepas dia dirakam masih mempunyai kedua-dua belah tangan seperti individu normal yang lain.

Pengemis yang tidak dikenali itu dirakam duduk di lantai dan meminta sedekah di dalam sebuah kereta api di Beijing baru-baru ini.

Lelaki itu yang kelihatan kudung kedua-dua belah tangan dari aras bahu dilihat bersama satu bekas wang dan merayu sedekah orang ramai.

Bagaimanapun, lakonan pengemis itu terbongkar selepas seorang penumpang merakamkan aksi lelaki berkenaan mengeluarkan kedua-dua belah tangannya.-Agensi/HMetro

 

Komen


Berita Berkaitan