Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hayati sirah perjuangan Rasulullah: Sapawi

BEAUFORT: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad menyeru umat Islam di negeri ini supaya meningkatkan penghayatan dan kefahaman mereka mengenai perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Katanya, ia penting bagi memastikan generasi muda di kalangan umat Islam dapat memahami dan seterusnya menghayati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang boleh dijadikan panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.

“Renungan dan peringatan zahir sahaja tidak memadai jika tiada pengisian penting dan penghayatan untuk mentafsirkannya dalam bentuk akidah dan amalan,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kariah Kampung Lingkungan, di Masjid An Nur, kelmarin.

Turut hadir Pegawai Parlimen Sipitang Matbali Musah, CDO Lumadan Zainuddin Tuah, Pengerusi Masjid An Nur, Wassim Nasarudin, penceramah jemputan Omar Saad dan pengerusi penganjur Idrus Aji. – Oleh Nellco Khuzairi / SayangSabah

SIJIL…. Sapawi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta yang terlibat dalam sambutan Maulidur Rasul peringkat kariah Kampung Lingkungan, di Masjid An Nur. – foto Nellco Khuzairi / SayangSabah
SIJIL…. Sapawi (empat dari kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta yang terlibat dalam sambutan Maulidur Rasul peringkat kariah Kampung Lingkungan, di Masjid An Nur. – foto Nellco Khuzairi / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan