Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hayati, Ganding Bahu Isi Kemerdekaan – Limus

Kuala Penyu : Masyarakat perlu menghayati makna kemerdekaan dan berganding bahu mengisi kemerdekaan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu, Datuk Limus Jury berkata nikmat yang paling berharga adalah meraikan kemerdekaan dalam suasana negara aman dan makmur.

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini, kita mengajak seluruh masyarakat agar menghayati makna kemerdekaan dan bekerjasama serta berganding bahu menyumbang kepada pengisian kemerdekaan.

“Sesungguhnya, kita perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan kerana hingga hari ini kita mampu meraikan kemerdekaan negara dengan aman serta makmur.

Justeru, beliau menyeru masyarakat agar mengukuh dan mengekalkan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama sebagai aset negara yang unik.

“Jangan jadikan perbezaan sebagai penghalang perpaduan, sebaliknya kita harus mencari titik persefahaman.

“Kepelbagaian agama, budaya dan tradisi merupakan sumbdr kekuatan sesebuah negara bangsa yang merdeka,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah di sini, pada Khamis.

Terdahulu, Limus diiringi Pegawai Daerah, Sebastian Ingkim memeriksa perbarisan Acara Berjalan Lalu yang bermula di Tapak Tamu Lama dan berakhir di Dewan Terbuka Shahbandar Makang kira-kira 700 meter oleh 25 kontinjen melibatkan 700 peserta.

Acara diserikan dengan keberadaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah yang tiba di lokasi berkenaan setelah mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh Daerah Kecil Menumbok.

Selain berjaya muncul sebagai kovoi terpanjang dan paling banyak penyertaan berbanding di daerah lain, konvoi KMJG tersebut juga bergerak sejauh 45 km dengan 70 kenderaan dan 105 motorsikal./Penerangan-

Limus (tengah, depan) bergambar kenangan bersama para peserta Acara Berjalan Lalu.

Komen


Berita Berkaitan