Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hayati falsafah hijrah demi meningkatkan amalan

Datuk Nilwan Kabang
Datuk Nilwan Kabang

KUNAK: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Nilwan Kabang menyeru seluruh umat Islam agar terus menghayati falsafah dan semangat hijrah demi meningkatkan kualiti, amalan, sikap dan budaya kerja baik dalam kehidupan.

Ini kerana, katanya, kejayaan pembangunan sesebuah negara dan kecemerlangan ummah bergantung penuh terhadap daya usaha, kerjasama dan disiplin serta kesungguhan rakyat, selain komitmen dan usaha berterusan kerajaan.

“Kita harap kedatangan tahun baru hijrah kali ini akan turut membuka mata dan minda umat Islam supaya sentiasa mengukuhkan perpaduan,” katanya semasa merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah  di Dewan Masyarakat Kunak, hari ini.

Tambahnya, perpaduan amat penting di kalangan umat Islam agar mampu menangani setiap cabaran atau cubaan pihak tertentu untuk memecah-belahkan umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.

Menurutnya lagi, sambutan Maal Hijrah setiap tahun amat penting untuk dihadiri supaya dapat memberi sinergi kepada usaha meningkatkan kefahaman umat Islam tentang tuntutan dan keperluan berhijrah ke arah lebih baik.-Alanna Adam/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan