Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

HAYATI ERTI PENGORBANAN SEMPENA AIDILADHA BAGI MENGHARGAI KEAMANAN NEGARA

Ahli Undangan Negeri (DUN) Petagas, Uda Sulai (dua dari kanan) turut berkesempatan melakukan takbir raya bersempena solat sunat Aidiladha di Masjid Nurul Iman Pasir Putih, Putatan, pagi tadi. Gambar SNT/Ehsan Perhubungan Awam DUN Petagas

Putatan: Umat Islam di negeri ini diseru untuk menghayati erti pengorbanan bersempena Hari Raya Aidiladha bagi menghargai keamanan negara.

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai berkata, intipati sambutan Aidiladha atau Hari Raya Korban setiap tahun perlu menjadi titik tolak kepada semua pihak meningkatkan iltizam bagi menghargai pengorbanan semua pihak yang terlibat demi memelihara keamanan sejagat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 18 Petagas berkata, rakyat di negeri ini perlu bersyukur dengan nikmat keamanan negara dikecapi sekarang berbanding negara-negara lain, bahkan di Sabah yang sinonim dengan kepelbagaian kaum serta bangsa.

“Umat Islam perlu menghayati pengertian Hari Raya Aidiladha ini bagi menyemai semangat pengorbanan dan cintakan negara.

“Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang bakal kunjung tiba, kita semua haruslah meningkatkan kesedaran mengenai erti pengorbanan semua pihak bagi mengekalkan keamanan dikecapi sekarang,” katanya.

Penduduk kampung bergotong-royong melapah ternakan korban pada Majlis Korban Berkelompok di Masjid Nurul Ihsan, Kampung Ketiau. Gambar SNT/Ehsan Perhubungan Awam DUN Petagas

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan Majlis Korban Berkelompok di Masjid Nurul Ihsan, Kampung Ketiau dan Masjid Nur Al Jannah, Kampung Petagas, dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai majlis berkenaan, selain daripada dapat menunaikan tuntutan fadhilat agama dengan menyembelih korban, Uda menjelaskan ianya mampu mengeratkan silaturahim di antara penduduk setempat dengan acara bergotong royong dan melapah daging korban.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, Uda Sulai (tengah) menyerahkan daging korban kepada penduduk di Kampung Petagas, bersempena Majlis Korban Berkelompok di Masjid Nur Al Jannah, Kampung Petagas.

Terdahulu, beliau dalam pada itu berkesempatan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama-sama lebih 100 jemaah Masjid Nurul Iman Pasir Putih, Putatan, pada pagi tadi. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan