Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hayati erti kemerdekaan- Samsudin

5:30pm 29/08/2016 Leolerry Lajius 44 views Sandakan,Tempatan
Kenangan....Samsudin bersama 80 org Big Bikers bergambar kenangan sebelum Program Membara, Konvoi Merdeka anjuran Puteri UMNO Batu Sapi.

Kenangan….Samsudin bersama 80 org Big Bikers bergambar kenangan sebelum Program Membara, Konvoi Merdeka anjuran Puteri UMNO Batu Sapi.

SANDAKAN: Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya menyeru segenap lapisan masyarakat khususnya golongan muda di daerah ini supaya menterjemahkan erti kemerdekaan dalam aspek yang lebih luas.

Beliau berkata Kemerdekaan, bukan sahaja bermakna pentadbiran negara bebas dari jajahan orang asing tetapi setiap individu perlu bebas dari budaya dan atau apa sahaja bentuk pemikiran barat yang negatif.

“Penghayatan erti kemerdekaan, perlu diperbetulkan supaya golongan muda bebas dari belenggu penjajahan berbentuk pemikiran dan bukan sekadar pentadbiran sahaja.

“Mereka (golongan muda) harus membangun dan merancang masa negara supaya dapat menyumbang tenaga dan fikiran untuk meningkatkan sosio ekonomi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Konvoi Merdeka UMNO Batu Sapi di Sandakan,  anjuran Puteri UMNO Batu Sapi di Perkarangan Dewan Masyarakat Sandakan sehingga ke kawasan Batu Sapi baru-baru ini.

 

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi turut menyeru rakyat agar memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan sebagai tanda cintakan negara.

 

“Masyarakat harus merebut peluang tersebut bagi menzahirkan rasa cintakan negara serta mengenang dan menghayati perjuangan pemimpin terdahulu sehingga negara mencapai kemerdekaan.

 

“Pelbagai cara boleh digunakan untuk menyemarakkan Hari Kebangsaan termasuk memasang bendera di setiap rumah, premis perniagaan, bangunan persendirian dan kenderaa,”katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 80 penunggang Motosikal berkuasa tinggi dari Sandakan Bikes yang diketuai Datuk Samsudin menyertai konvoi berkenaan dan turut mengagihkan lebih 10 ribu Jalur Gemilang kepad orang ramai serta menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan sepanjang perjalanan./SayangSabah

Samsudin dan Hazulizah sedang meletakkan bendera pada kenderaan.

Samsudin dan Hazulizah sedang meletakkan bendera pada kenderaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan