Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hayati Al-Quran Untuk Capai Kecemerlangan – Musa Aman

cm2

KOTA KINABALU : Umat Islam harus meningkatkan usaha mempelajari dan menghayati al-Quran bagi mendapat panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kefahaman terhadap al-Quran membantu dalam pembangunan modal insan, termasuk dari segi pembangunan rohani dan jasmani.

“Inilah faktor kejayaan dan kecemerlangan pembangunan ummah dan negara di zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa’ ar-Rasyidin yang berjaya membina tamadun umat Islam di bumi barakah Mekah dan Madinah yang tersohor sehingga kini,” katanya pada Program Bicara Ramadan sempena Nuzul al-Quran di sini Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Musa berkata kerajaan negeri juga akan terus mengiktiraf dan mempertahankan sistem pendidikan Islam di negeri ini yang telah memberi impak besar kepada pembangunan umat secara seimbang.

Bagi menyuntik minat terhadap hafazan al-Quran, beliau berkata kerajaan negeri akan turut memberi pengiktirafan sewajarnya kepada golongan hafiz dan hafizah di negeri ini dari segi kerjaya, peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan pemberian insentif lain.

“Bagi tujuan itu, maka sewajarnya institusi tahfiz al-Quran di Sabah diperkasakan lagi sebagaimana institusi tahfiz di negeri-negeri lain termasuk taraf bidang pengajian, kemudahan prasarana dan sebagainya,” kata beliau.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan