Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hawk 208 bakal gegarkan Dataran Bandaraya 31 Ogos

Pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 208 melepaskan suar sebagai alat pertahanan anti peluru ketika melakukan lintas hormat udara yang dijayakan bersama Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia dan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada raptai Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Pesawat tempur Hawk 208 dari No 6 Skuadron ini digunakan buat julung kali dalam acara lintas hormat Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun kebiasaan akan dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti lintas hormat perbarisan kontinjen dari pelbagai agensi, jabatan kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Namun, ramai yang tidak terfikir akan persembahan daripada aset-aset negara dari pasukan keselamatan seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada lintas hormat (fly past) di ruang udara sebagai acara kemuncak sambutan berkenaan.

Koordinator Lintas Hormat Udara sempena Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 Mejar Mohamad Izad Ismail berkata, sedikit pembaharuan tahun ini iaitu terdapatnya aset pesawat pejuang TUDM menyertai fly past berkenaan.

“Keistimewaan pada hari Kebangsaan tahun ini adalah penglibatan dari aset negara iaitu pesawat tempur jenis Hawk 208 dari No 6 Skuadron berpangkalan di Pangkalan Udara Labuan.

Lintas hormat udara yang dijayakan bersama oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia dan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diruang udara Kota Kinabalu sewaktu raptai Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Jika kita ingat kembali, sambutan pada tahun sebelumnya, hanya melibatkan PDRM dan JBPM.

“Tahun ini sudah pasti penambahan aset negara dalam persembahan fly past akan memeriahkan lagi suasana,” katanya kepada Sabah News Today di sini hari ini.

Jelasnya, apa yang menarik akan dipersembahkan pada Jumaat kelak adalah Victory Roll ataupun lebih dikenali sebagai melakukan aksi Victory Roll dengan melepaskan suar anti peluru selepas terbang rendah di atas Dataran Bandaraya sebagai persembahan.

Pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 208 melepaskan suar iaitu alat pertahanan anti peluru ketika melakukan lintas hormat udara yang dijayakan bersama Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia dan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada raptai Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Pesawat tempur Hawk 208 dari No 6 Skuadron ini digunakan buat julung kali dalam acara lintas hormat Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

 

“Kita membuat kejutan, sebuah Hawk 208 akan melakukan penerbangan rendah serentak dengan helikopter PDRM dan JBPM.

“Penerbangan akan dilakukan oleh Juruterbang Mejar Ezraini Azrin Khoo dengan penerbangan setinggi 500 kaki,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan