Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Haus Cafe milik Farish Aziz dibuka secara rasmi

9:04pm 17/01/2016 Leolerry Lajius 3006 views Tempatan

IMG-20160117-WA0002

KOTA KINABALU: Haus Cafe yang merupakan kafe baru telah dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada hari ini.

Perasmian tersebut disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Kafe yang terletak di 88 Marketplace Kepayan dimiliki oleh Mohd Farish bin Aziz Sulaiman (Farish Aziz) dan Anisah Othman, turut menyediakan ruangan untuk pengunjung mengadakan bengkel, perbincangan, bazaar bulanan dan juga memberikan peluang kepada pemuzik tempatan untuk membuat persembahan.

Masidi ketika berucap pada majlis tersebut,

Masidi ketika berucap pada majlis tersebut,

Kafe ini turut menyediakan pakej yang ideal bagi sambutan hari lahir dan juga turut menyajikan pelbagai menu makanan yang amat menyelerakan.

Haus Cafe dibuka setiap hari bermula pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan ditutup pada jam 11.00 malam pada hari jumaat, sabtu dan ahad.

Untuk keterangan lanjut mengenai kafe  ini, orang ramai boleh menghubungi Samantha Miles di talian 0135459569 atau Charleen di talian 0168309214.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

IMG-20160117-WA0004

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan