Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Hati masih pilu’

pilu

IPOH: “Saya lega dan bersyukur kerana urusan pengebumian ibu yang dirancang dengan bantuan daripada semua pihak khususnya kerajaan berjalan lancar.

“Cuma adik (Johan Hippolyte Tourner, 26) yang cukup rapat dengan arwah ibu masih tidak boleh terima kematian ibu disebabkan itu dia tidak menghadiri majlis pengebumian ini,” kata Anne Rahimmah Tournier, 29, anak sulung Noor Rahimmah Mohd Noor, mangsa tragedi MH17.

Menurut Anne, hanya dia dan bapanya, Hippolyte Tournier, 70, yang pulang ke tanah air menghadiri majlis pengebumian ibunya, manakala adik lelakinya, Johan Hippolyte Tournier, 26, tidak mahu turut serta pada majlis pengebumian kerana belum dapat menerima tragedi menimpa ibunya.

Seorang ahli keluarga rapat arwah Noor Rahimmah yang hanya mahu dikenali sebagai Apis berkata, kedua-dua anak terutama yang lelaki cukup rapat dengan arwah.

Katanya, kali terakhir arwah pulang ke kampung tiga tahun lalu bersama dua anaknya, manakala suami tidak dapat pulang ke atas urusan kerja.

“Memang arwah sangat memanjakan dua anaknya itu lebih-lebih lagi anak lelaki. Dia juga seorang yang prihatin danbaik terhadap semua adik-beradik,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan