Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hati-hati umum projek, elak implikasi kepada rakyat

KOTA KINABALU – Pemimpin kerajaan Pusat diminta supaya lebih berhati-hati ketika mengumumkan sebarang projek yang memerlukan dana besar bagi mengelak sebarang implikasi terutama kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Salleh Tun Said berkata, sesuatu projek itu perlu terus dilaksanakan sebaik saja mendapat peruntukan kerana tindakan itu dilihat lebih meyakinkan rakyat yang sememangnya mengharapkan pembangunan.

“Kalau kita umum dahulu, rakyat akan ternanti-nanti dan jika tidak dapat dipenuhi atau lambat dilaksanakan, ia hanya akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan yang ada pada hari ini.

“Kita juga jangan terlalu ghairah mengumumkan sesuatu projek tanpa mengambil kira keadaan ekonomi dan kewangan kerajaan, termasuk situasi persekitaran yang berlaku ketika ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi `brainstorming’ Pelan Pelancongan di Kadamaian, di sini hari ini.

Beliau berkata, antara situasi yang perlu diambil kira termasuk kejatuhan harga minyak di pasaran dunia, kemerosotan nilai ringgit serta kemusnahan akibat banjir di pantai timur Semenanjung yang memerlukan peruntukan besar untuk pemulihan dan pembangunan semula.

“Justeru, saya berharap sebarang pengumuman selepas ini dibuat dengan berhati-hati berikutan pelaksanaan sesuatu projek amat dinantikan rakyat dan sekiranya terdapat masalah, dikhuatiri implikasinya akan berbalik kepada kerajaan,” jelasnya. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan