Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hasrat Adik Asyraaf, Pesakit Hati Temui PM Tercapai

6:53pm 24/04/2016 Pak Roshan 184 views Mutakhir,Nasional
Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor bersama Addi Asyraaf.

Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor bersama Addi Asyraaf.

KUCHING – Hasrat seorang pesakit hati, adik Addi Asyraaf ingin berjumpa sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersebar di media massa beberapa hari lalu akhirnya tertunai.

Pemimpin negara tersebut berkesempatan menemui kanak-kanak cilik berkenaan terus di rumah keluarganya itu di 450A, Lorong 15, Kampung Bintawa Tengah, Petra Jaya dekat sini kira-kira pukul 4.15 petang pada Ahad.

Keinginan Addi Asyraaf yang ingin berjumpa langsung dengan idolanya mula tersebar melalui laman sosial sejak minggu lalu apabila ibunya, Zurina Jamil, 37, memuat naik mengenai hasrat anaknya itu menerusi Facebook.

Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa seketika untuk berjumpa dengan adik Addi Asyraaf, 6; berbanding jadual rancangan asal yang diatur bertempat di lounge aras 12, Hotel Hilton Kuching.

pm2

pm3

pm4

pm5

Zurina melahirkan perasaan syukur kerana akhirnya permintaan anak kecilnya itu ditunaikan. Addi Asyraaf penghidap penyakit hati atau nama saintifiknya Allagile Syndrome sejak usianya mencecah tiga tahun.

Terdahulu Najib pada sebelah pagi merasmikan majlis pelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Kampung Andus, Papar sebelum bertolak ke Sarawak untuk lawatan rasmi selama dua hari sehingga Isnin.

Sebelah malam, Perdana Menteri menyertai program makan malam santai di Kampung Boyan di sini sebelum mengiringi calon Barisan Nasional untuk penamaan calon Pilihan Raya Negeri esok. – Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan