Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hasilkan produk jenama tempatan, atasi masalah kabotaj

KOTA KINABALU: Orang ramai diseru agar menghasilkan produk jenama tempatan sebagai salah satu langkah untuk mengatasi isu kabotaj.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata,  langkah itu adalah penting sebagai usaha untuk menangani isu kabotaj yang akan mempengaruhi harga barangan.

Menurut beliau dengan adanya produk jenama tempatan ini, harga barangan juga akan menjadi jauh lebih murah berbanding jika mendapatkan bekalan barangan dari luar kerana kos pengangkutan juga akan mempengaruhi harga barangan berkenaan di pasaran.

“Langkah ini bukan sahaja untuk memastikan harga barangan akan jauh lebih murah tetapi dalam masa yang sama ia juga menggalakkan perkembangan ekonomi dalam kalangan pengusaha tempatan.”

“Pengusaha produk tempatan ini juga boleh memasarkan produk keluaran mereka di kedai Borneo Mart yang merupakan lanjutan projek bergerak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dilihat mampu mengatasi masalah harga barangan yang tinggi di kawasan pedalaman,”katanya.

Jainab turut menyatakan, ketika ini sebanyak lebih tujuh buah kedai Borneo Mart telah beroperasi di negeri ini dan terdapat lebih 200 lagi permohonan yang telah diterima untuk membuka kedai berkenaan.

“Saya amat menggalakkan agar orang ramai menghasilkan produk keluaran tempatan bagi menampung keperluan pengguna terutamanya penduduk di kawasan luar bandar kerana ketika ini kita masih mengalami kekurangan bekalan di kedai Borneo Mart berikutan kurangnya produk jenama tempatan,”katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan Forum Bicara Kos Sara Hidup, di Wisma Wanita, di sini, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab(tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai forum berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab(tengah) mengambil gambar bersama peserta yang menyertai forum berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan