Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hasil laporan Jawatankuasa Teknikal RCI perlu teliti: Pairin

Pairin Kitingan (kiri) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal RCI di Wisma Innoprise. - Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Pairin Kitingan (kiri) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal RCI di Wisma Innoprise. – Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Jawatankuasa Teknikal Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Pendatang Tanpa Izin (RCI) menegaskan pendekatan `mencegah lebih baik daripada mengubati’ masih releven dalam menangani isu PATI di negeri ini.

Pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, walau bagaimanapun, pendekatan tersebut perlu dilaksana dengan serius termasuk mengambil langkah penguatkuasaan secara berterusan.

Menurut beliau, agensi penguatkuasa khususnya Jabatan Imigresen digesa mengambil tindakan bagi mengawal kemasukan PATI ke negeri ini menerusi sempadan negara.

“Kita tidak perlu banyak berdebat mengenai isu ini, sebaliknya menerima penguatkuasaan dan langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan pada masa ini seperti penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memantapkan lagi Zon Selamat Timur Sabah (Esszone),” katanya kepada pemberita selepas Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal RCI di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

Pairin berkata, apa yang penting ialah hasil laporan yang dikeluarkan itu digunakan sebagai asas dan ruang untuk mengutarakan cadangan dalam menyelesaikan isu PATI di Sabah.

Beliau berkata, walaupun laporan RCI yang dibentangkan sebelum ini dikatakan tidak lengkap, semua pihak sebenarnya bertanggungjawab berkongsi idea untuk mengatasi masalah PATI.

Tegas beliau lagi, perintah berkurung dan operasi yang dijalankan hampir setiap hari oleh Esscom membuktikan kesungguhan kerajaan dan tindakan itu seharusnya diambil secara positif.

“Secara perundangan, tiada sesiapa patut masuk ke sesebuah negara itu tanpa sebarang dokumen. Forum Asean seharusnya mengadakan dialog untuk mewujudkan satu sistem atau langkah untuk atasi masalah ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai hasil laporan jawatankuasa tersebut yang dijadual akan disiapkan pada hujung tahun ini, Pairin berkata, pihaknya tidak mahu tergopoh-gapah atau melakukan tugas secara `cincai’.

“Bagi kita, proses penghantaran pulang PATI perlu terus dikuatkuasakan kerana pusat tahanan tidak dapat menampung ramai PATI dalam satu-satu masa. Misalnya, tempat ini cuma terhad 7,000 orang tapi jumlah yang ditahan adalah lebih ramai,” katanya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan