Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,699

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hartanah Sekunder Pilihan Utama Rakyat Sabah

6:54pm 13/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 24 views Perniagaan,Tempatan,YB Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Datuk Raymond Tan Shu Kiah (tengah) menerima cendera hati daripada Erick YT Kho (Kanan)

Datuk Raymond Tan Shu Kiah (tengah) menerima cenderahati daripada Erick YT Kho (Kanan)

KOTA KINABALU- Rakyat negeri ini diseru agar mendapatkan informasi yang secukupnya mengenai hartanah yang mereka ingin miliki agar tidak mengalami sebarang kerugian pada masa hadapan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, penganjuran Pameran Hartanah Sekunder Malaysia (MASPEX 2015) merupakan satu platform untuk bakal pembeli mendapatkan infomasi tentang kawasan hartanah sekunder yang mereka ingin miliki.

Raymond juga berkata  masyarakat di negeri ini lebih suka untuk membeli hartanah sekunder berbanding hartanah premier.

“Pada tahun 2014, negeri ini telah mencatat sebanyak 8,926 transaksi yang merangkumi 5,122 transaksi untuk pembelian perumahan, 1,277 transaksi untuk hartanah komersil, 1,704 transaksi untuk pembelian hartanah dalam sektor agrikultur, 528 transaksi untuk pembelian hartanah untuk tujuan pembangunan dan 295 transaksi untuk pembelian tanah untuk industri”, kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancaran Pameran Hartanah Sekunder Malaysia (MASPEX 2015), di Komplex Suria Sabah, disini, petang tadi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Institusi Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Erick YT Kho dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Hamirullah Boorhan. –Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Datuk Raymond melawat booth pameran MASPEX'15

Datuk Raymond melawat salah sebuah booth pameran di MASPEX’15

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan