Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harrison Ford Cedera Parah Pesawatnya Terhempas Di LA

PESAWAT kecil kepunyaan pelakon Harrison Ford (gambar kecil) terhempas di Padang Golf Penmar, di Venice, California, hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles tidak mengenali pelakon berusia 72 tahun yang terkenal dalam filem 'Indiana Jones' itu berkata, juruterbang pesawat satu enjin tersebut mengalami kecederaan kritikal dalam kemalangan. - Foto REUTERS
PESAWAT kecil kepunyaan pelakon Harrison Ford (gambar kecil) terhempas di Padang Golf Penmar, di Venice, California, hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles tidak mengenali pelakon berusia 72 tahun yang terkenal dalam filem ‘Indiana Jones’ itu berkata, juruterbang pesawat satu enjin tersebut mengalami kecederaan kritikal dalam kemalangan. – Foto REUTERS

LOS ANGELES – Pelakon filem Indiana Jones, Harrison Ford, 72, cedera parah selepas kapal terbang kecil miliknya terhempas di padang golf dekat Los Angeles, awal pagi tadi, lapor laman web selebriti, TMZ dan media tempatan.

Pelakon itu mengalami luka parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan.

“Kami boleh mengesahkan sebuah kapal terbang terhempas dan terdapat seorang juruterbang lelaki berusia antara 65-70 tahun.

“Mangsa dibawa ke hospital berdekatan dan dilaporkan stabil,” kata jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Nuria Vanegas.

‘Laporan itu berlaku pada kira-kira jam 2.25 petang waktu tempatan. Kerosakan mekanikal pesawat adalah punca nahas berkenaan,” kata Vanegas.

Sehubungan itu, Jabatan Bomba Los Angeles berkata, juruterbang pesawat itu dilaporkan kritikal di sebuah hospital tetapi enggan mengulas identitinya.

Pegawai Seranta Ford pula tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan.

Carlos Lugo, 63, berkata, beliau sedang bermain golf di Penmar Golf Course apabila ternampak pesawat kecil itu dipercayai berlepas dari

Lapangan Terbang Santa Monica mengalami kerosakan dan berusaha untuk berpatah balik ke landasan.

“Pesawat itu terbang di celah pokok dan mendarat dekat lubang kelapan di padang golf itu,” katanya.

Ford yang terkenal dengan watak dalam filem blockbuster seperti “Star Wars” and Indiana Jones memang seorang penggemar kapal terbang.

Pesawat vintaj dengan dua tempat duduk itu mengalami kerosakan teruk dan remuk di atas padang golf. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan