Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Harpal Singh tarik diri wakili Najib

GAMBAR fail, peguam kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Harpal Singh Grewal ketika keluar dari kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, 19 Mei lalu. – Foto Aswadi Alias

 

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M Athimulan menarik diri sebagai peguam mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Harpal Singh ketika dihubungi, mengesahkan menarik diri selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di kediamannya di Langgak Duta, di sini, semalam.

“Ya, saya sahkan sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.

“Selain saya, seorang lagi rakan iaitu M Athimulan turut menarik diri,” katanya.

Harpal Singh berkata, beliau dan M Athimulan menarik diri secara sukarela dan bukan dipecat oleh Najib.

Difahamkan, kumpulan guaman mewakili Najib kini diambil alih oleh bekas peguam cara negara iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin dan enam lagi rakannya. –¬†Oleh Mohd Azam Shah Yaacob/BH Online

Komen


Berita Berkaitan