Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Haron Din beri amanat supaya dikebumikan di AS

MURSYIDUL Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din
MURSYIDUL Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din

KANGAR: Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, mengamanatkan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya di negeri ini untuk dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan meninggal dunia di negara itu.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata pesanan itu disampaikan Allahyarham di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan, di sini, sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

“Amanat itu disampaikan sebagai persediaan kerana ini kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shukri berkata, solat jenazah ghaib akan diadakan di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama , Kangar malam ini. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan